Monday, December 21, 2009

Idea-idea hebat transformasi - Siapa di sebaliknya?

Nota ini merupakan pandangan peribadi penulis semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Penulis tidak mengambil apa-apa bebanan di atas apa-apa saranan yang wujud di dalam nota. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berkelayakan.

“Everyone aiming to change the world but they forget to change theirselves”

Di dalam proses membuat sebarang keputusan untuk mengubah sesuatu keadaan, anda sering gagal untuk memberi penekanan kepada aspek yang menjadi asas dan teras kepada pencapaian matlamat perubahan tersebut iaitu aspek modal insan yang menjadi enjin dan jentera kepada sesuatu proses perubahan.

Manusia yang menjadi penggerak kepada sesuatu proses transformasi merupakan elemen terpenting sebelum sesuatu perubahan dapat dilaksanakan dengan jaya dan berkesan. Anda mungkin tidak mahu lagi mensia-siakan peluang dan masa yang singkat ini hanya semata mata untuk melihat kegagalan demi kegagalan kepada proses perubahan yang anda telah dilakukan.

Justeru anda harus sedar bahawa proses untuk melakukan transformasi bukanlah satu proses yang singkat. Ia merupakan satu proses yang memakan masa yang panjang.Ia menuntut kesabaran, kebijaksanaan dan keteguhan jati diri. Semakin panjang tempoh yang disasarkan untuk mencapai matlamat sesuatu perubahan, semakin banyak penekanan dan perancangan yang perlu diambil kira dan diteliti.

Lihat saja bagaimana perancangan Bangsa Yahudi untuk menjadi sebuah bangsa yang berkuasa di dunia mengambil masa beratus-ratus tahun lamanya. Begitu juga dengan proses transformasi untuk menjadikan matawang kertas menjadi matawang dunia sekarang mengambil masa berpuluh puluh tahun.

Apa yang membuahkan kejayaan kepada hasil usaha mereka membawa arus perubahan tersebut? Bagaimana mereka merangka strategi untu membawa ideologi perubahan mereka sehingga dapat diterima oleh masyarakat luar.

Walauapapun strategi dan resepi yang digunakan untuk mencapai matlamat perubahan tersebut, pasti ada disebaliknya barisan-barisan manusia yang bertanggungjawab untuk memikirkan tentang idea sesebuah transformasi, pasti ada sekumpulan manusia yang memikul beban untuk merealisasikan idea transformasi tersebut dan pasti ada komuniti yang mengembleng tenaga untuk sama-sama membantu mencapat matlamat perubahan itu.

Yang akhirnya menjadi persoalan di sini...

Siapakah manusia itu???.... Siapakah modal insane itu…
__________________________________________________________

Mengenai Penulis

Azlin Jamian mula berkecimpung di dalam dunia perniagaan dan perkhidmatan emas sejak tahun 2008. Beliau pernah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung di dalam industri pajak gadai Islam, pelaburan emas dan juga seorang agen berdaftar PIAM dan LIAM. Antara bidang lain yang menjadi kegemaran beliau adalah mining sector, other precius metal, commodities sector dan currency market. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu menyalurkan maklumat kepada lebih ramai orang membongkar rahsia disebalik logam unggul ciptaan Allah (emas). Lawati laman web beliau untuk mendapatkan maklumat berkaitan dinar emas.

*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan nota ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan nota ini dan keterangan mengenai penulis, nota dan laman web ini tidak dibuang.

0 Comments: